Lawatan PSS INTESABER di SMK Sg Besar

Pada 9 Februari 2012, PSS INTESABER telah mengadakan lawatan penanda aras (LPA) di SMK Sg Besar.

Aktiviti-aktiviti sempena bulan PSS

Pertandingan Pantun anjuran Kelab Bahasa Melayu dan Pusat Sumber sempena Bulan Pusat Sumber.

Aktiviti-aktiviti di SMK Sg Besar

Sesi pembukaan Majlis Perasmian LPA PSS INTESABER. Majlis dirasmikan dengan bacaan doa oleh Pengerusi kita, Abdul Hadi.

Hari Sukaneka PSS

PSS telah mengadakan hari sukaneka yang bertujuan untuk merapatkan hubungan antara silaturrahim..

Kebanggaan kami sebagai Pengawas Pusat Sumber SBP

Kami, PSS SBPI Sabak Bernam akan sentiasa berusaha memenuhi matlamat dan sasaran sekolah di peringkat SBP.

Monday 4 June 2012

Tahniah Abg Izzudin.....:D

Muhd Izzudin bin Md Ariffin
Pengerusi Pengawas Pusat Sumber 2010-2011

Baru-baru ini, warga INTESABER terutamanya warga PSS telah mendapat khabar berita mengenai seorang bekas pelajar dan pengawas PSS. Orang yang dimaksudkan itu ialah Abg Muhammad Izzudin bin Md Ariffin yang merupakan mantan pengerusi PSS 2010-2011 telah berjaya mendapat tawaran ke negara matahari terbit, Jepun dalam bidang kejuruteraan. Kini, beliau telah menuntut di Ambang Asuhan Jepun, Pusat Asasi Sains di Universiti Malaya selama 2 tahun sebelum berangkat ke Jepun. 

Ucapan dari kami, warga PSS 2011-2012, semoga berjaya di sana dan sentiasa dirahmati Allah SWT.

Friday 4 May 2012

Rombongan PSS ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur

           Pada tanggal 3 hb Mei 2012, Pengawas PSS telah mengadakan rombongan ke KLIBF 2012 atau Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2012. Kesemua PSS seramai 35 orang serta 4 orang guru iaitu Miss Chien, Cikgu Salina, Sensei Hani, dan Teacher Mas.

          Rombongan bertolak dari sekolah pada pukul 10.30 pagi dan tiba di dihadapan SMS Seri Puteri (Jambatan yang menghubungkan SESERI dan PWTC) pada pukul 1.00 tgh hari. Selepas berarak masuk ke dalam PWTC, rombongan telah berpecah dan mula membeli buku masing-masing.

          Setelah membeli-belah, rombongan telah bertolak dari PWTC pada pukul 4.30 ptg. Sebelum pulang ke sekolah, rombongan berhenti seketika di Tesco Kuala Selangor untuk berehat seketika. Selepas selesai solat Maghrib, rombongan mula menuju ke sekolah. Pada jam 9.30 malam, rombongan telah tiba di kawasan sekolah.

Saturday 21 April 2012

Majlis Penutupan Bulan PSS

Alhamdulillah, Bulan PSS kini berada di penghujungnya. Pada 16 April yang lepas, PSS Intesaber telah mengadakan Majlis Penutupan Bulan PSS 2012. Majlis ini telah diadakan sempena dengan perhimpunan kokurikulum yang menyaksikan pencapaian warga SBPI SB dalam aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh PSS dengan kerjasama Kelab Bahasa Melayu, Kelab Bahasa Inggeris dan Kelab Debat.

Majlis bermula dengan ucapan Pengetua SBPI Sabak Bernam, Tuan Abdul Malek bin Haron disusuli dengan perasmian penutupan Bulan PSS oleh pengetua dengan simbolik yang begitu bermakna. Kemudian, sebaik sahaja simbolik penutupan selesai, persembahan multimedia hasil karya Arman Amsyar, Abdul Hadi, Ahmed Ayub dan Ameen telah dimainkan.

PSS Production Crew

Majlis kemudian diteruskan dengan upacara penyampaian hadiah kepada para pemenang. Walaupun kekurangan hadiah berikutan masalah teknikal, upacara tetap berjalan dengan lancar. Majlis berakhir dengan penyampaian Top 10 Nilam. 

Sebagai rumusannya, Bulan PSS yang berlangsung dari 19 Mac hingga 16 April 2012 telah berlangsung dengan lancar dan berjaya.

Tuesday 13 March 2012

Library Month

Start on 19 March 2012 until 13 April 2012 , our librarians of Intesaber will work hard to do the best for the library month . All activities have been told to all sports house and on this holiday , everyone were preparing for their part in library month that will be coming soon .
   List of the activities :
   *spelling bee
   *table note
   *papercrafting
   *poem
   *scraft book
   *Power point presentation
   * "teka silang kata"
   * "hikayat 3 kepala"
   *guess who i am?
   *public speaking
   *verse
   *family day(just for librarian)
   *explorace
   *debate BM
   *debate BI
   *story telling
   *chess
and another more activities ..
so , to all librarian , you must prepare yourself , physical and mental .
last word , make our mom #Miss Chien# proud of us .. .. ..

Saturday 21 January 2012

Perkara Penting!!

Mengenai PSS, perhatian kepada semua PSS, selepas cuti Tahun Baru Cina, diharamkan sama sekali untuk memakai pakaian uniform putih sekolah (terutamanya PSS perempuan). Korang semua adalah Pengawas PSS, tapi tiada identiti. Oleh itu, lepas cuti ni, WAJIB memakai uniform PSS. Kepada PSS lelaki, ketika perhimpunan, tolonglah pakai blazer dengan tali leher hitam, tanda nama, dan bersongkok. Lepas itu, suka hati korang sama ada nak terus pakai atau sebaliknya.

Seperti tahun lepas, rekod pinjaman harian, kedatangan dan lain2 WAJIB direkodkan oleh pengawas PSS yang bertugas mengikut prep. Kesian Hamizan (5T) terpinga-pinga menyiapkan rekod bulanan.

Mengenai waktu operasi PSS ketika prep seperti mana yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah iaitu:
1. Prep Petang (Isnin dan Selasa): 3.00 ptg-4.15ptg
2. Prep Malam (Ahad-Rabu): 8.00 mlm-9.45 mlm & (Khamis): 9.00mlm-10.00mlm
3. Prep Pagi (Sabtu): 8.00pg-10.00pg & (Ahad): 10.00pg-11.45pg

Kepada semua PSS, harap korang fokus dengan perkara ini, sebaik sahaja masa tamat, tekan loceng sebanyak 3 kali. Sebelum tutup PSS, pastikan korang kemas PSS. 

Mengenai penggunaan komputer di PSS, komputer boleh digunakan HANYA untuk hal berkaitan dengan PSS dan SEKOLAH sahaja. Harap korang faham dengan benda ni.

Wednesday 21 December 2011

Pengumuman Pengerusi....:)

Akhirnya setelah lama PSS Intesaber memikirkan sama ada Blazer wajib ke tak, inilah dia kata2 pengerusi yang lama menghilangkan dirinya.....

Nampak mcm simple je pengumumanya...haha

Nampaknya semua PSS wajib beli blazer. Perempuan pula wajib beli kemeja. Tali leher warna hitam. No offense.....:) Anyway, cuti sekolah dah nak habis, and GOOD LUCK TO FORM 3 esok. Kompem semua orang straight A's..

Saturday 10 December 2011

Blazer dan Vest??

Sejak balik cuti sekolah lepas, satu perkara yang paling hangat dibincangkan oleh PSS InteSaber ialah pasal Blazer dan Vest. Seperti yang korg tau(mungkin ada yang tidak tau lagi), MT serta KB dan PKB wajib beli Blazer. Yang lain pula, mula2 wajib pakai Vest tapi lama-kelamaan, tak jadi atas sebab2 yang tertentu.


Gambar sekadar hiasan.......:)

Blazer yang korg beli tu akan dipakai pada hari Isnin, atau mana2 perhimpunan rasmi. Baru setanding dengan Pengawas, dan PRS. Badar lain cerita. 

Gambar sekadar hiasan.........:)

Kpd yang "lain2", korg nak macam mana? Nak pakai Blazer ke Vest? Hanya sekadar pandangan korg jelah. Walau apa2 hal, tunggu keputusan perbincangan "Meeting Online" yang bakal diadakan tidak lama lagi......:)