Lawatan PSS INTESABER di SMK Sg Besar

Pada 9 Februari 2012, PSS INTESABER telah mengadakan lawatan penanda aras (LPA) di SMK Sg Besar.

Aktiviti-aktiviti sempena bulan PSS

Pertandingan Pantun anjuran Kelab Bahasa Melayu dan Pusat Sumber sempena Bulan Pusat Sumber.

Aktiviti-aktiviti di SMK Sg Besar

Sesi pembukaan Majlis Perasmian LPA PSS INTESABER. Majlis dirasmikan dengan bacaan doa oleh Pengerusi kita, Abdul Hadi.

Hari Sukaneka PSS

PSS telah mengadakan hari sukaneka yang bertujuan untuk merapatkan hubungan antara silaturrahim..

Kebanggaan kami sebagai Pengawas Pusat Sumber SBP

Kami, PSS SBPI Sabak Bernam akan sentiasa berusaha memenuhi matlamat dan sasaran sekolah di peringkat SBP.

Saturday 21 January 2012

Perkara Penting!!

Mengenai PSS, perhatian kepada semua PSS, selepas cuti Tahun Baru Cina, diharamkan sama sekali untuk memakai pakaian uniform putih sekolah (terutamanya PSS perempuan). Korang semua adalah Pengawas PSS, tapi tiada identiti. Oleh itu, lepas cuti ni, WAJIB memakai uniform PSS. Kepada PSS lelaki, ketika perhimpunan, tolonglah pakai blazer dengan tali leher hitam, tanda nama, dan bersongkok. Lepas itu, suka hati korang sama ada nak terus pakai atau sebaliknya.

Seperti tahun lepas, rekod pinjaman harian, kedatangan dan lain2 WAJIB direkodkan oleh pengawas PSS yang bertugas mengikut prep. Kesian Hamizan (5T) terpinga-pinga menyiapkan rekod bulanan.

Mengenai waktu operasi PSS ketika prep seperti mana yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah iaitu:
1. Prep Petang (Isnin dan Selasa): 3.00 ptg-4.15ptg
2. Prep Malam (Ahad-Rabu): 8.00 mlm-9.45 mlm & (Khamis): 9.00mlm-10.00mlm
3. Prep Pagi (Sabtu): 8.00pg-10.00pg & (Ahad): 10.00pg-11.45pg

Kepada semua PSS, harap korang fokus dengan perkara ini, sebaik sahaja masa tamat, tekan loceng sebanyak 3 kali. Sebelum tutup PSS, pastikan korang kemas PSS. 

Mengenai penggunaan komputer di PSS, komputer boleh digunakan HANYA untuk hal berkaitan dengan PSS dan SEKOLAH sahaja. Harap korang faham dengan benda ni.