Saturday 21 April 2012

Majlis Penutupan Bulan PSS

Alhamdulillah, Bulan PSS kini berada di penghujungnya. Pada 16 April yang lepas, PSS Intesaber telah mengadakan Majlis Penutupan Bulan PSS 2012. Majlis ini telah diadakan sempena dengan perhimpunan kokurikulum yang menyaksikan pencapaian warga SBPI SB dalam aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh PSS dengan kerjasama Kelab Bahasa Melayu, Kelab Bahasa Inggeris dan Kelab Debat.

Majlis bermula dengan ucapan Pengetua SBPI Sabak Bernam, Tuan Abdul Malek bin Haron disusuli dengan perasmian penutupan Bulan PSS oleh pengetua dengan simbolik yang begitu bermakna. Kemudian, sebaik sahaja simbolik penutupan selesai, persembahan multimedia hasil karya Arman Amsyar, Abdul Hadi, Ahmed Ayub dan Ameen telah dimainkan.

PSS Production Crew

Majlis kemudian diteruskan dengan upacara penyampaian hadiah kepada para pemenang. Walaupun kekurangan hadiah berikutan masalah teknikal, upacara tetap berjalan dengan lancar. Majlis berakhir dengan penyampaian Top 10 Nilam. 

Sebagai rumusannya, Bulan PSS yang berlangsung dari 19 Mac hingga 16 April 2012 telah berlangsung dengan lancar dan berjaya.

0 comments:

Post a Comment