Lawatan PSS ke Petrosains dan i-City


24 Mac 2012, Pengawas Pusat Sumber Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Sabak Bernam telah mengadakan lawatan ke Petrosains, Kuala Lumpur dan i-City, Shah Alam sempena Bulan Pusat Sumber. Seramai 37 orang  diiringi oleh Miss Chien Siew Ping, Pn.Norsyazwani Binti Ramli, Cik Hajah Hani Sharliza Binti Md Isa, Cik Mas Rohaiyu Binti Md Kassim. Kami tiba di Petrosains, Kuala Lumpur pada jam 10:30 pagi. Di Petrosains, kami melihat pameran mengenai kejadian fosil, sejarah dan cara cari gali minyak di Malaysia, serta sumbangan Petronas terhadap tanah air yang tercinta. Kami makan tengah hari dan solat jama’ di sana. Kami berada di sana sehingga jam 3:30 petang. Selepas itu, kami tiba di i-City, Shah Alam pada jam 7 petang. Kami meluangkan masa di sana dengan menikmati keindahan matahari terbenam dan kecantikan cahaya lampu yang berwarna-warni.Dalam perjalanan, kami solat jama’ secara berjemaah. Pada 12 tengah malam, kami menjejakkan kaki ke bumi Intesaber. Melalui lawatan ini kami dapat menambah ilmu sambil dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara Pengawas Pusat Sumber.

0 comments:

Post a Comment