Friday 4 May 2012

Rombongan PSS ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur

           Pada tanggal 3 hb Mei 2012, Pengawas PSS telah mengadakan rombongan ke KLIBF 2012 atau Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2012. Kesemua PSS seramai 35 orang serta 4 orang guru iaitu Miss Chien, Cikgu Salina, Sensei Hani, dan Teacher Mas.

          Rombongan bertolak dari sekolah pada pukul 10.30 pagi dan tiba di dihadapan SMS Seri Puteri (Jambatan yang menghubungkan SESERI dan PWTC) pada pukul 1.00 tgh hari. Selepas berarak masuk ke dalam PWTC, rombongan telah berpecah dan mula membeli buku masing-masing.

          Setelah membeli-belah, rombongan telah bertolak dari PWTC pada pukul 4.30 ptg. Sebelum pulang ke sekolah, rombongan berhenti seketika di Tesco Kuala Selangor untuk berehat seketika. Selepas selesai solat Maghrib, rombongan mula menuju ke sekolah. Pada jam 9.30 malam, rombongan telah tiba di kawasan sekolah.

0 comments:

Post a Comment