Lawatan PSS INTESABER di SMK Sg Besar

Pada 9 Februari 2012, PSS INTESABER telah mengadakan lawatan penanda aras (LPA) di SMK Sg Besar.

Aktiviti-aktiviti sempena bulan PSS

Pertandingan Pantun anjuran Kelab Bahasa Melayu dan Pusat Sumber sempena Bulan Pusat Sumber.

Aktiviti-aktiviti di SMK Sg Besar

Sesi pembukaan Majlis Perasmian LPA PSS INTESABER. Majlis dirasmikan dengan bacaan doa oleh Pengerusi kita, Abdul Hadi.

Hari Sukaneka PSS

PSS telah mengadakan hari sukaneka yang bertujuan untuk merapatkan hubungan antara silaturrahim..

Kebanggaan kami sebagai Pengawas Pusat Sumber SBP

Kami, PSS SBPI Sabak Bernam akan sentiasa berusaha memenuhi matlamat dan sasaran sekolah di peringkat SBP.

Monday 4 June 2012

Tahniah Abg Izzudin.....:D

Muhd Izzudin bin Md Ariffin
Pengerusi Pengawas Pusat Sumber 2010-2011

Baru-baru ini, warga INTESABER terutamanya warga PSS telah mendapat khabar berita mengenai seorang bekas pelajar dan pengawas PSS. Orang yang dimaksudkan itu ialah Abg Muhammad Izzudin bin Md Ariffin yang merupakan mantan pengerusi PSS 2010-2011 telah berjaya mendapat tawaran ke negara matahari terbit, Jepun dalam bidang kejuruteraan. Kini, beliau telah menuntut di Ambang Asuhan Jepun, Pusat Asasi Sains di Universiti Malaya selama 2 tahun sebelum berangkat ke Jepun. 

Ucapan dari kami, warga PSS 2011-2012, semoga berjaya di sana dan sentiasa dirahmati Allah SWT.