Pusat Sumber SBPI Sabak Bernam

Pusat Sumber Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Sabak Bernam merupakan satu kemudahan asas sekolah yang telah mula dibuka pada tahun 2002, sejajar dengan pembukaan sekolah ini.

Pusat Sumber ini dinamakan sebagai Perpustakaan Baitul Hikmah yang terletak di tingkat 2 di Blok Pentadbiran. Terdapat beberapa ruang yang terdapat di dalam PSS. Antaranya: 

  • Kaunter Pemulangan dan Peminjaman.
  • Ruang Media (TV dan Astro) 
  • Ruang Bacaan (untuk kegunaan warga SBPI SB)
  • Bilik Penyelaras PSS (untuk kegunaan Penyelaras PSS)
  • Bilik Rujukan (untuk kegunaan warga SBPI SB)
  • Bilik Kerja (untuk kegunaan Pengawas PSS)
Selain itu, terdapat beberapa kawasan di luar kawasan pusat sumber turut  menjadi sebahagian daripada tanggungjawab PSS. Antaranya:
  • Sudut Belajar
  • Papan Maklumat Nilam
  • Papan Maklumat Aktiviti
  • Bilik Media atau Bilik Akses (bersama dengan Kelab Teknik dan Multimedia)
  • Bilik Tayangan (untuk kegunaan yang dibenarkan)
  • Stor Simpanan PSS